Thursday, March 18, 2010

terus bekerja atau sambung belajar..??

  haih..tiba-tiba dalam dilema pula...gara-gara baca buku postgrad la ni..hehe. dalam buku tu cerita pasal sambung belajar buat MBA. ceritanya memang sangat menarik perhatian dan terus menerjah minda =p.
MBA-for higher pay, higher position, gaining more knowledge, skills and possibility to become expertise. memang sangat menarik pakej yang akan datang selepas ada MBA dalam tangan ni. terus serta-merta mula berfikir. daripada tak ada niat nak sambung belajar, da jadi sangat berminat pula..
   Tapi, sekarang dah kerja..kalau nak sambung, kena la buat part-time. masalahnya, dah lama hidup tak ada 'pressure' ni. mampu ke tak nanti nak buat..??sebab dah ada degree, takut pula nanti buat master ni separuh jalan..untuk tolerate dan korbankan hidup sekarang yang agak relax ni, mungkin bukan masalah besar..sekurang-kurangnya ada juga la 'aktiviti' tambahan yang menyeronokan ni =). akan jadi tinggal sikit masa untuk memikirkan perkara-perkara yang tak perlu. in a way, that's a great! in other way, boleh tak ni berkorban??hehehe..
    Sejauh manakah MBA ni mampu ubah hidup seorang graduan kejuruteraan tapi bekerja dalam bidang sumber manusia?? Mampukah MBA ni jadi 'pengubat' ketidakberjayaan dia mendapat kerja di bidang kejuruteraan??tapi yang lebih difikirkan sekarang ni ialah gaji dan skills yang lebih tinggi. kenapa tak sambung dalam bidang kejuruteraan?hmm..payah juga nak jawab tu..kalau suruh buat list 'pros n cons', tak terbuat. sebab tak tahu nak tulis apa..tapi secara kasarnya, nampak lebih kepada kurang minat dan kurang semangat..persoalannya, tak apa ke tukar ke MBA?
     Semalam bekas lecturer call (selepas aku SMS dia). Untuk pertama kalinya sejak bekerja ni aku dapat satu jawapan yang positif tentang situasi aku yang bekerja di bahagian HR. i'm very pleased hearing that. thanx a lot Prof! dia pun tidak membantah atau membangkang ura-ura aku untuk buat MBA. macam mana pun, aku akan terus follow up story dengan dia.sebab dialah satu-satunya lecturer yang banyak membantu sampai aku graduate.sangat besar semangat yang dipinjamkan pada aku masa tu..sangat bernilai!
     Untuk kes ni, aku sendiri kena fikir. mungkin selepas membentang usul ni kepada mak dan ayah, aku akan dapat jawapan yang lebih jelas. sebab ada isu-isu di belakangnya yang perlu aku jelaskan dulu sebelum meneruskan niat ni... =)