Wednesday, April 28, 2010

01.05.2010

   1 May 2010, macam biasa ialah hari pekerja. cuma tahun ni lebih bermakna pada yang bekerja hari sabtu =( untuk yang lain-lain, sekadar tahu je la kot sabtu tu hari pekerja.haha. untuk tahun ni, sebagai orang yang dah bekerja,  dan sebagai ganti hari pekerja tu jatuh pada hari aku tak bekerja, aku dapat berita dan perkara yang best..pasal kerja dan pasal minat =) selalu mengeluh pasal kerja pun, tapi tuhan tu maha pemurah, dia masih bagi peluang untuk aku dapat 'sesuatu' dari kerja sekarang ni..dan disebabkan oleh itu, sekarang ni aku semakin dah boleh redha dengan pekerjaan sekarang. aku cuma akan termengeluh selepas dah habis usaha segala cara sahaja. 01.05.10 ni aku akan dinaikkan pangkat. bermakna tambah gaji (Alhamdulillah..) dan tambah tanggungjawab ( berdoa aku dapat buat sebaik mungkin..). harapan untuk permulaan yang baru ni, aku semakin komited, semakin banyak belajar, semakin banyak pengalaman dan semakin banyak ingat Allah..tapi, cerita di sebalik penerimaan tawaran kerja ni, banyak juga aku fikirkan..pasal colleague, pasal mampu ke pikul tanggungjawab, pasal apa kata orang yang lebih senior..paling kuat aku mampu pujuk hati, aku cuma cakap pada diri sendiri " i don't care, i don't bother, i don't mind. i have worked towards it". tapi tak tahu la selama mana ayat ni mampu kuatkan aku..being in the company with majority chinese, bukan senang...kena pula ada yang tak boleh tengok orang senang..lepas ni kena lebih tegas dan berhati-hati. target aku at least 2 years lagi untuk job scope baru ni..wish me luck! ;)
      1 May 2010, at last acara yang dinanti2kan selepas bertahun-tahun tunggu. tiba-tiba je Malaysia diberi peluang ni. Konsert Ungu!!! tapi yang sangat la payahnya, nak mencari member untuk teman..cari-cari, at last dapat seorang kawan yang sangat sudi meneman walaupun dia tak minat..dan sangat sanggup ikut je nak beli tiket apa pun.. (dia la kata macam tu..) tapi, sangat tak best pula, lagi beberapa hari nak sampai 01.05.2010 tu, dia terpaksa membatalkan niat baiknya tu..family matters..hmm...nak buat macam mana...
apa pun, aku masih diberi peluang yang baik dari Tuhan..isnin lepas, aku menang 4 ticket free untuk ke konsert tu!!nasib baik juga hari tu tak pergi beli tiket..fuh..dalam kalut-kalut fikir macam mana nak buat dengan 4 tiket tu, dia tu pula menarik diri..huh..terpaksa fikir pengganti yang memang lah entah mana nak cari..lagi parah ni, tiket tu masih belum dapat kat tangan..kenapa dorang tak call lagi nih.....!! =( tak apa. bersabar dulu..kalau memang tak ada rezeki, ada lah sebab yang baik di sebalik nya..percaya itu! tapi aku tetap masih berharap ni..mungkin ni la konsert terakhir aku akan pergi sebelum kahwin.. (yang entah bila la kan.haha)..sabar je la..

No comments:

Post a Comment